10 Mei, 2012

kamu punya kekuatan itu

"tiap-tiap malam begini" detik hati kecil ina.
kenapa perlu untuk dirasa akan semua ini,merasa bahawa aku tersangat lemah lebih-lebih lagi ketika hari sudah sampai ke penghujungnya.Malah lebih teruk aku seakan tiada kekuatan untuk menghadapi akan segala kemungkinan pada esok harinya.hemmmm..
adakah aku sahaja yang mengalami atau mereka di luar sama seperti aku??

.......#########............

Saya kira kisah di atas bukan berlaku pada seorang malah kita sering sekali mengalami rasa putus asa dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergelar pelajar.Kekuatan dan semangat saya kira bukan suatu yang kita dapat tahan dan tentukan sampai bila dan panggil ia bila mahu padanya.

Tetapi ia lebih kepada apa fikir kita pada alam bumi tuhan ini.Berfikir tentang hebatnya Dia dalam mengurus segala sesuatu dan menetapkan segala takdir yang tiada mustahil disisiNya.

Kekadang kita terlupa kita punya Dia.Manusia itu pelupa,dan dari sikap lupa itu membuat syaitan menghasut kita untuk terus berfikir kepada sesuatu yang buat kita rasa betapa hebat dan gahnya nilai seorang manusia.Sehingga disuatu saat sifat lupa itu memakan diri.Akhirnya timbul pelbagai masalah.Nah tika ini pada siapa mahu disalahkan??

Berfikir walau seminit.


Dalam sehari berapa banyak kita merenung tentang kejadian dan segala hal yang berlaku pada setiap saat untuk setiap detik pada hari tersebut,dan berapa banyak pengajaran yang kita sudah ambil untuk persiapan hari yang mendatang?

Analogi yang cukup mudah,hari ni kita terlewat dalan berjanji dengan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu perkara.Namun janji itu tidak ditepati dan akhirnya terkubur begitu saja.

Jadinya mana muhasabah kita untuk setiap janji yang dilontarkan...dan bagaimana kita mengatasi masalah tersebut.Adakah sekadar mengeluh dan berkata ala tak dapat buat apa yang sudah dirancangkan atau ada inisiatif lain yang kita lakukan?

Berfikirlah walau hanya seminit untuk segala salah silap kita pada kehidupan seharian kita,walau dimana kita berada dengan hanya seminit itu mampu merubah segala sifat negatif yang bertandang dan mampu menjadi vitamin bagi untuk diri melawan segala virus yang mendatang.Atas sebab manusia itu pelupa maka jangan kita terus lupa bahawa pencipta alam itu maha pemurah lagi maha penyayang.

Azam dan terus berazam


Azam itu tidak hanya apabila masuk tahun baru,atau sambut hari jadi maka azam pada waktu ini wajib diselarikan seiring wujudnya sambutan tertentu.

Seperti juga hari ibu,ayah dan sambutan tertentu.Hari ini kita lihat ramai mempersoalkan tentang keharaman sesuatu sambutan,saya kira saya tidak mampu untuk memperjelaskan sesuatu hukum mengenai itu.Tetapi apa yang mampu saya kata dan saya pegang..setiap hari adalah hari untuk semua.Jadinya bila konsep itu diguna pakai sayang kita pada ayah dan ibu adalah untuk selamanya,andai tika hari ibu diberi hadiah atau ucapan sayang mama dan sebagainya,maka setiap hari pun kita boleh lakukan ia.

Begitu juga kita praktikkan untuk azam pada setiap hari.Mukmin yang berjaya adalah mukmin yang mempunyai azam yang tinggi untuk berjaya.Setiap waktunya bermanfaat dan setiap manfaatnya itu untuk islam...maka kembali kita soalkan pada diri untuk setiap hari apa sumbangan kita pada islam?apa azam kita untuk islam?dan apa bekal yang telah kita lakukan untuk kehidupan yang abadi setelah mati?

Sebab itu nabi telah bersabda mafhumnya pahala anak adam itu berjalan terus pada 3 perkara selepas mati iaitu :-
1-sedekah jariah
2-ilmu yang bermanfaat
3-doa anak yang soleh

Renungkan hari-hari yang berlalu pilihan manakah yang sudah kita kecapi untuk bekal kita di sana?Dan
beruntunglah buat mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai zuriat,kerna hampir ketiga-tiga yang disebutkan mampu untuk mereka kecapi..=)

Keyakinan.


Akhir sekali bumi mana sekali pun kita berpijak,maka berpijaklah atas paksi keyakinan yang tinggi pada diri.Yakinlah diri mampu menghadapi segala.Yakinlah kita boleh dalam sesuatu masalah yang mendatang.

Allah itu takkan hadirkan ujian pada mereka yang tidak mampu.Tetapi atas kita untuk menyelesaikan dengan cara mana kesudahan disebalik masalah yang tercipta.

Untuk melahirkan keyakinan,sematkan pada diri kau mampu melakukan.Lontarkan untuk diri kata-kata semangat yang tinggi.

Cari kawan untuk kita luahkan segala masalah selepas kita mengadu kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.Dia mengetahui hati kita ini lebih dari diri kita tahu tentang hati ini.

Perbanyakkan bacaan tafsir Al-quran dan hayati setiap kata-kata.Kerna sebenarnya kata-kata semangat yang paling berkesan saya kira selepas dipraktikkan adalah dari kitab suci Tuhan itu.Kalaulah orang bukan islam pun menggunakan Al-quran untuk pengkajian maka atas sebab apa kita sebagai umat islam sendiri untuk tidak menjadikan Al-quran kitab paling utama dalam kehidupan??renung-renungkan wallahua'lam......

Tiada ulasan: