11 Mei, 2012

ibarat si pejalan kaki

hampir dekat sangat andai di kira-kira hari yang bakal dilalui untuk menjalani peperiksaan fasa 2 kali ini,sedang diri masih terkapai-kapai dengan nota yang bertimbun.Untuk berbual tentang isi kandungan apatah lagi..langsung belum layak.

Pulang dari rumah sahabat sebentar tadi aku berjalan kaki.Ya secara zahir aku akui dihadapan mata yang memandang memang terlihat kereta lalu lalang dan orang ramai bercerita tentang hal mereka,namun jauh di fikiranku bimbang imtihan yang mendatang,persoalannya adakah sudah bersedia atau bagaimana??

Setiap kali risau ada suara halus yang membisik di telingaku,seolah ku rasakan ya aku mampu!!
diajak pada suara halus itu untuk berfikir.
Ibarat si pejalan kaki.
Jauh destinasi yang akan ditujui.
Diawal permulaan memang hadafnya satu
Iaitu untuk sampai dengan cepat dan selamat
Lalu si pejalan kaki terus berjalan tanpa henti
Kadang-kadang cepat
Kadang-kadang perlahan bersangatan
Ditambah pada penat dan keluhan kecil
Kaki terus melangkah
Sesekali kaki itu berlari anak
Agar masa yang diambil tidak terlalu lama
Akirnya destinasi itu berjaya dia jejaki..

Bibirku mengukir senyuman khas untuk suara kecil tersebut.Ya..aku mahu jadi si pejalan kaki.
Sambut suara halus itu,betul!Tapi kau harus lebih dari si pejalan kaki itu tadi.Kalau dia cuma berjalan kau harus tambah dengan larian yang kerap,andai penat jangan berhenti walau terpaksa merangkak.

Ya..aku perlu semangat...lalui segalanya walaupun payah...Allah mudahkan kami ya Robb..aku merayu...aminnn!!!!

Tiada ulasan: