03 Mei, 2012

surat khabar lama..#$@#$%&*^@#$%^&*

Surat khabar lama.gong cau pu ci...surat khabar lama gong cau puci...
tiba-tiba fokusku pada buku yang dibaca terhenti bahkan tumpuanku kini lebih kepada jeritan cina sayup-sayup kedengaran dihujung telinga kecil milik diri ini.

Ingat lagi dulu masa kecik aku dan adik-adik sering sekali takut dengan jeritan tersebut.Selalu cina tak kira tua atau muda yang berkerja mengutip atau membeli surat khabar lama dari penduduk setempat di sesebuah kawasan.Aku kira sehingga kini masih ada di bandar-bandar..

Menaiki van yang memang dikhaskan untuk perkerjaan ini lalu tiap-tiap tengahari akan terdengarlah jeritan tersebut.Aku yang ketika itu masih kecil bersama adik-adik yang lain sering ditakut-takutkan bahawa itu adalah panggilan maut dan tanda ada seseorang yang mahu meculik atau membeli kami.Pembantu rumah yang barangkali geram dengan kami atas sebab kenakalan yang tak terhingga selalu menyuruh kami menyorok agar tak dilihat oleh mereka sedangkan semua itu karuttttt,lalu kami dengan takut yang bersangatan menyorok di tepi-tepi sofa.Itu pun berlaku pabila mama dan abuya tiada dirumah.huhhh

Memang adik beradik kami ramai tapi tak baik akak buat kami macam tu...
Kesannya sehingga kini masih teringat apa yang dilakukan itu..hee..apa pun terima kasih akak jaga kita orang sampai kami menjadi orang..sayang akak!!!

Tiada ulasan: