07 April, 2011

~kasih sayang~

Amat malang bagi seorang manusia yang hilang akan sebuah rasa kasih sayang..
kerana dengan kasih sayang kita bahagia..
dengan kasih sayang kita merasakan dunia ini kita yang punya..
dengan kasih sayang kita lihat akan cantik pada bulan yang mengambang..
walau sebenarnya wajah bulan tidak seindah yang kita lihat..
dengan kasih sayang kita dapat sebuah tawa milik kita semua...
dengan kasih sayang kita lupa akan seribu satu masalah yang melanda..
dengan kasih sayang buat kita kuat menghadapi cabaran..
dengan kasih sayang kita akan menagis...
namun tangisan kegembiraan syukur kita pada nikmatnya..
tangisan yang akan merubah segalanya selepas itu...
seperti dunia akan segar tatkala matahari menyinari setelah puas awan gelap meliputi langit..
segar selepas hujan membasahi bumi...
dengan kasih sayang akan merubah di antara segalanya pada hidup kita..
nikmati akan sebuah kasih sayang yang tercipta untuk sekalian makhluknya..
jangan padam akan bahagia milik kamu..
kerna itu hadiah tiada nilai dari ilahi.....

5 ulasan:

E n t o y C a i r o berkata...

AWESOME POEM BEB!!!...

aku suka sgt...Aku terkejut ko dah makin power..huhu

BTW..hati yang suci dan tenang itu akan lebih memberi impak yang mendalam pada setiap penulisan yang ingin di sampaikan...

cograst beb..

IrfanTijari berkata...

menarik, cuma sajak, saya tak berapa pandai nak menilai...lebih kearah syair..masih tak pandai menghayati sajak... cuba buat syair yang berkisar tentang sesuatu yang umum dan mudah diceritakan untuk permulaan. :)

Harap boleh tiadakan captcha. agak menyusahkan. dah silalah reply komen orang di atas. blogger seharusnya ada interaksi dengan pelawat. baru boleh hidup.

nadiastory berkata...

entoy:terima kasih..masih banyak kekurangan pada ayat2 aku tadi..apa2 pun aku kata2 kau tu ada betolnya..:) terima kasih..heee nampak skema tak ahaks...

irfan:terima kasih juga atas komen awak..:)

IrfanTijari berkata...

terim Kasih, terima kasih juga, bila nak buang captcha ni?

nadiastory berkata...

da buang la fan...