25 Mac, 2011

pendorong kamu siapa???

semangat diri selalunya datang dari pendorong yang memberi seribu satu idea untuk melakukan sesuatu yang baik dalam apa sahaja perkara yang dingini.
seorang pendorong mampu memberi kesan yang amat besar kepada mereka yang menjadikan ianya sebagai tulang belakang dalam sesuatu pekerjaan.

contoh yang amat jelas kita lihat sahaja betapa ramai lelaki di luar sana yang berjaya dengan begitu membanggakan,dan jika dilihat  pasti ada wanita atau sayap kiri yang membantu,menolong dan menaikkan semangat dalam apa jua keadaan sekalipun.

nabi muhammad saw sendiri kuat dengan adanye pendorong dalam hidup baginda seperti saiyidatina khadijah yang mengembalikan keyakinan dalam diri baginda saat diri mengigil ketakutan apabila sampai kepadanya wahyu pertama melalui jibril.
kala diri baginda terasa tidak mampu itulah,seorang pendorong yang begitu bijak memainkan peranannya menstabilkan kembali keadaan dan memberi kata2 nasihat bahawa bagindalah yang selayaknya.


sekiranya mereka berkahwin isteri sebagai tempat luahan dan pendorong mereka,tetapi bagi mereka yang bergelar anak pastinya ibu bapa selayaknya menjadi pendorong untuk mereka berjaya dalam segala aspek.
oleh itu pentingnya melahirkan keluarga yang begitu mesra dan memahami antara satu sama lain.
tetapi saya tidak mengatakan mesra itu tanpa ada cubitan atau pukulan yang mengajar erti kedewasaan dan membezakan yang baik dan buruk.malah dengan ajaran sebegitu pasti anak akan ada rasa hormat dan patuh mereka pada ibu dan ayah.

kebiasaanya jawapan yang saya dapati apabila ditanya siapa pendorong anda????
pasti IBU menjadi pilihan ini kerana sifat perempuan yang suka melayan dan mendidik inilah menjadikan anak lebih rapat dan senang untuk bercerita..IBU selalunya akan mendengar segala masalah anak-anak tanpa rasa bosan dan memberi nasihat tanpa rasa jemu..walaupun acap kali kita dengari anak-anak rimas juga apabila sering dibebelkan oleh IBU-IBU mereka...tetapi percayalah pendorong inilah yang akan kamu rindu-rindukan saat berjauhan nanti.

fitrah manusia itu suka berpasangan,kadang bukan IBU sahaja yang menjadi pendorong mereka tetapi ayah juga menjadi pilihan..wah boleh pilih-pilih pula..
tapi tak salah untuk memilih mungkin ada yang lebih selesa untuk menjadi ayah sebagai teman bergurau bertukar pendapat dan yang penting mungkin mudah untuk mereka menerima nasihat dari insan bergelar ayah.
yang pasti kebanyakan mereka yang rapat dan menjadikan ayah sebagai pendorong mereka adalah anak perempuan...kenpa ye?????mungkin kerna lain jantina???atau mungkin anda sendiri ada jawapannya....

fungsi dan peranan sebagai seorang pendorong amat besar sekali impaknya...
pendorong sebagai teman,
pendorong tempat mengadu segala cerita,
pendorong penaik semngat diri,
pendorong menjadi pengkritik terbaik,
pendorong pemberi pujian seikhlas hati,
pendorong segala2nya bagi mereka yang menjadi ia sebagai tempat luahan...

solusinya setiap orang pasti ada pendorong,cume yang membezekan ia adalah bagaimana dorongan itu disampaikan...mahu tidak mahu pendorong itu perlu...jadi siapa pendorong anda?????

9 ulasan:

saeedah yafi'ah berkata...

=) tibe2 jd rndu gile kat mak ayah...huhuhu

nadiastory berkata...

heee pe lg g la tefon mak ayah mum..g mintak maaf cepat2..hehehe

E n t o y C a i r o berkata...

mum budak manja!..haha...

nadiastory berkata...

alah entoy ckp org je...kamu pun sama!!!

E n t o y C a i r o berkata...

aku manja?
oh tidak!.
kau pun manja bit...manja ngan abuya!
hehe

nadiastory berkata...

entoy budak mnje!!!!heee...aku mnje takpe ak girl...heee

saeedah yafi'ah berkata...

kesimpulannya: dua2 kwn aku ni mmg manja....sekian, t.kasih...lalalala

E n t o y C a i r o berkata...

mum...kita berdua je yg sepatunya manja..nadia x..coz dia terkeluar dari kelab anak2 bongsu sedunia..haha...

(bagi nadia hanggin sikit)haha

nadiastory berkata...

hahaha...mum btol2 awak saya n entoy manja..tapi entoy giler2 punye manja...hahahahha
elh entoy tak bongsu pun manja what!!!!!!!