09 Mac, 2012

Cerpen : Berlapang dada dalam menghadapi perkara yang tidak cocok dengan hati.




“Tak nak!Dhia nak tukar sekolah juga” bentak Radhiah separa lembut namun tetap tegas dengan kehendak hati.
“bukan papa tak izinkan,tapi nanti kalau Dhia sekolah di kampung senang papa jenguk Dhia,lawat Dhia,lagi pun dekat  dengan nenek,boleh teman nenek”
“ala bolehlah,Dhia nak dekat dengan rumah,dah 5 tahun Dhia duduk jauh apa salahnya kali ni Dhia setahun je dekat dengan rumah.Boleh selalu dekat dengan mama dan papa”
“Dhia cuba terima apa yang papa cakap,Dhia kata nak taatkan sayang”kata mama yang sejak tadi hanya sekadar memerhati.
“betullah tu mama tapi satu ni je..please….” rayu Radhiah manja.
“emmm…baiklah papa akan cuba uruskan tapi nanti apa-apa jangan kamu mengadu kat papa” tegas papa dan tanpa bertentang muka langsung dengan Radhiah,nampak marah dalam diam.


Dua hari sebelum mendaftar ke sekolah baru, Radhiah termenung.Perasaan gembira,risau,sedih semua bercampur.Tidak tahu apa yang perlu dilayankan.Gembira dapat pindah sekolah lain,risau sebab macam manalah keadaan dekat sana,dan sedih untuk tinggalkan keluarga bahagia yang penuh dengan tawa dan duka bersama.


Selesai mendaftar,papa berpesan supaya sentiasa berdoa dan berusaha gigih lalu memberi sedikit duit saku sebagai belanja beberapa minggu di sini kemudian terus pulang,mama pula tak dapat bersama kerna kerja di waktu pagi.Tatkala ditinggal papa, Radhiah merenung jauh apalah yang akan berlaku lepas ni,namun helaan panjang yang dilepaskan sambil tawakal sengalanya pada tuhan buat Radhiah kuat.


Empat hari di sekolah baru memang banyak yang tidak kena di hati Radhiah,ada saja yang tak kena.Air tidak ada tambah lagi dengan tempat belajar yang tidak selesa berbanding sekolah lama ditambah dengan pelawaan Farinaz yang agak menarik perhatian Radhiah apabila berlaku masalah sebegini.


Suatu pagi selepas rehat Radhiah menelefon papa.
“Assalamualaikum papa,papa sihat?papa emm dhia nak balik rumah petang ni.”tanpa sempat papa menjawab Radhiah terus menyatakan hasrat.
“nak balik?bukan kamu baru empat hari disana?”sambil gelak seakan memerli.
“Alaa dhia nak balik juga,petang ni dhia sampai ya”lantas ganggang terus diletak bukan kerna marah tetapi duit syiling yang tidak mencukupi.


Sampai saja dirumah Radhiah terus ke bilik,selepas berbual basa basi dengan papa dan mama.Maghrib dan isyak yang tidak berjemaah dan malam itu semua senyap sendiri bagi Radhiah.
Papa dan mama membiarkan Radhiah mengambil masa merehatkan diri untuk malam itu,mungkin esok sahaja cuba dibawa berbincang.


Selesai berbincang,keinginan Radhiah sekali lagi dituruti.Kali ini Radhiah ingin menuruti pelawaan Farinaz untuk berpindah ke sekolah lama,secara zahirnya memang agak berat sekali tetapi jika dibandingkan dengan sekolah baru yang lebih-lebih tidak selesa apatah lagi begitu payah untuk Radhiah masuk dengan suasana belajar dan ini yang menguatkan Radhiah untuk berpindah.


Ujian tidak akan berhenti,kerna manusia dilahirkan kuat kerana ujian.Begitu juga Radhiah banyak sekali dugaan hati yang terjadi,hanya tangisan dan doa peneman diri selepas berpindah ke sekolah lama.Kawan-kawan lama seorang pun tidak mengambil sijil tinggi agama Malaysia (STAM).Bagaimana untuk Radhiah hidup tanpa ada kekuatan disisi.Bukan suatu yang mudah lebih-lebih lagi buat perempuan.Akhir sekali Radhiah sekali lagi cuba memeningkan kepala ibubapa Radhiah dengan keputusan untuk tidak mengambil STAM dan ini keputusan yang memeranjatkan papa dan mama.Mungkin jiwa muda yang suka memberontak membuatkan segala keputusan diambil secara melulu.


“Dhia cuba fikir terlebih dahulu.Betul ke tak nak ambil STAM dan nanti nak buat apa kalau tak ambil?”Soal mama lembut memandang Radhiah.
“Kolej banyak lagi pun Dhia minat bidang lain.Keputusan SPM pun belum keluar lagi,Dhia masih ada harapan masuk U”balas Radhiah bersungguh-sungguh.
“betul apa Dhia cakap tapi cuba kamu fikir setenang-tenangnya dan berlapang dada dengan permintaan papa dan mama”papa cuba untuk menerangkan dengan sebaiknya.
“Semua mahukan terbaik buat anak-anak mereka.Mungkin aku perlu ambil masa dan buat sesuatu”getus hati kecil Radhiah lalu perbincangan hanya terhenti di situ.


Didikan agama yang ada sedikit sebanyak membuatkan segala yang berlaku diputuskan mengikut hukum tuhan.Bila mana ada saja masalah yang berlaku dan bila hati seolah keliru maka istikharahlah kerana Dia sebaik-baik jalan penyelesaiaan.Itu yang sering Ustaz dan Ustazah katakan sewaktu di sekolah dahulu, Radhiah masih ingat akan pesan tersebut lalu dipraktikkan.


Seminggu dirumah membuatkan Radhiah berasa tenang lebih-lebih lagi jawapan istikharah berpihak pada permintaan papa dan mama.Entah kenapa sejak istikharah yang dilakukan berturut-turut hati Radhiah makin tenang dan mudah menerima serta menuruti kehendak papa dan mama.


Maka kehidupan tetap diteruskan.Susah senang dilalui dengan sabar.Sehinggalah peperiksaan dilalui dengan tidak bersungguh-sungguh membuatkan keputusan pertengahan tahun tidak memuaskan walau begitu papa tetap pergi ke sekolah mengambil buku rekod pelajar selama hampir setengan tahun Radhiah di tingkatan 6. Radhiah hanya tertunduk saat Ustaz memberi kritikan tentang dirinya.Benar apa yang Ustaz katakan 7 madah gagal dan hanya 3 yang lulus suatu benda yang menjelekkan.


Papa hanya terdiam seketika.barangkali papa memikirkan tiada guna andai dimarahi akan anak kecil yang tidak berkeinginan sesungguhnya pada apa yang dilakukan.Nasihat yang berterusan dan kasih sayang yang tinggi menggunung buat puteri kesayangan tetap diberikan hari demi hari sehingga tiba waktu peperiksaan sebenar.


Keputusan melanjutkan pelajaran selepas STAM telah diketahui, Radhiah kini berjaya menyambung pelajaran ke Mesir dengan keputusan cemerlang tempoh hari.
Lama Radhiah termenung akan kisahnya sepanjang setahun bergelar pelajar STAM.Banyak sekali kisah pahit manis yang berlaku.


Tiba-tiba ada suatu suara menegur.
“Dhia buat apa tu?”
“oh Dhia ingatkan siapa tadi..hem..ma terima kasih ya?”
“terima kasih untuk apa?”
“sampai sekarang Dhia masih teringat kata mama dan papa supaya belajar untuk taat dan berlapang dada dengan apa yang berlaku”
“Dhia ni macam bukan pelajar STAM pula.Allah kan dah kata mafhumnya siapa yang berlapang dada maka perkara itu akan merubah tanggungjawab menjadi kenikmatan dan beban menjadi kesenangan.Jadi kita kena berlapang dada sebab kita ni orang apa Dhia?”
“sebab kita orang Islam”
“hah betul pun” sambil tangan mama mencuit hidung Radhiah.
“Dhia sayang sangat mama dengan papa” lantas pelukan dua beranak mematikan perbualan mereka.

4 ulasan:

sharpeak da'great berkata...

Alhamdulillah..byk pngajaran disebalik tjuk,'blapang dada'..jln crita yg rgkas,tp sgt mndalam dlm pntrjemahan..istilah yg dguna jga mudah dfahami..moga pnulisan yg bkonsepkn gya bhsa sstera dpt dtmbhbaikkan..truskn usaha dlm pnulisan.. :)

sharpeak da'great berkata...

Alhamdulillah..byk pngajaran disebalik tjuk,'blapang dada'..jln crita yg rgkas,tp sgt mndalam dlm pntrjemahan..istilah yg dguna jga mudah dfahami..moga pnulisan yg bkonsepkn gya bhsa sstera dpt dtmbhbaikkan..truskn usaha dlm pnulisan.. :)

Tanpa Nama berkata...

terbaik la shbt..:)

Natasha berkata...

salam ziarah.

(: