04 Mac, 2012

wuduk dan solat lain mazhab bolehkah??

Sedang asyik memasak di dapur,sesekali diri ini cuba mengintai pada ruangan chat facebook mana tahu kalau-kalau ada yang memberi salam sebagai permulaan dalam sembang alam maya kala ini.
Tekaan aku betul pabila tertera nama Nasirah Nashir memberi teguran,dalam pada itu dia juga cuba mengajak aku untuk turut sama menghadiri majlis bersama Syeikh besar dikenali ramai Syeikh Nuruddin.

Aku yang baru saja menerima tetamu dari rakan ku sendiri mula bermusyarawah kalau mahu atau tidak menerima ajakan kawan ku sebentar tadi.Dalam hati bergaduh sendiri,tengah masak nanti terbengkalai segala apa yang sedang dilakukan ini.Hati lain berkata,bukan senang nak jumpa Syeikh inilah masanya...aku biarkan hati terus berlawan mencari hak kemenangan.

Diniy bersuara "ikutlah aku ok je"
"kalau macam tu boleh saja tunggu aku selesai kerja ni lepas tu kita pergi sebelum maghrib" kata ku seakan memberi arahan.

Sampai saja ke markaz dpmi,markaz dimana segala program anak malaysia di bumi iskandariah ini dijalankan.Kami terus berjemaah bersama-sama,berzikir dan mengaminkan doa yang dibaca.

Selesai itu masa yang ada diisi dengan slot soal jawab bersama ustaz akli.Banyak juga soalan yang dilontarkan sambil aku tak lepas peluang bertanya soalan yang bersarang dibenak otakku sejak 2,3 hari yang lepas.

Lalu soalan ku tulis atas kertas biru dan ku layangkan dengan harapan terungkai segala persoalan walau malu itu bersarang di sebalik wajahku.Namun aku teringat kembali akan pepatah yang mengatakan "ubat kebodohan itu adalah bertanya" jadi tanyalah dengan berfikir terlebih dahulu.

Kini soalan dibaca "ustaz bolehkan kita menggunakan solat mengikut mazhab lain sedang wuduk mazhab lain".Kerana mengikut pengetahuanku ia dibolehkan tetapi apabila membaca di sesetengah blog ada yang mengatakan talfiq ibadah itu tidak dibenarkan dan ibadah itu tidak diterima.Jadi berlaku kekeliruan disitu.

Jadi dengan tenang ustaz menjawab wuduk mazhab lain dan solat mazhab lain adalah dibenarkan.tetapi dengan syarat kita mengetahui rukun-rukun,dalil dan lain-lain tentang solat atau wuduk mazhab yang ingin digunakan secara sempurna.

Lantas manusia yang tergesa-gesa ini teringat akan kata-kata tidak dibenarkan talfiq ibadah,jadi itu bagaimana??hati ku meronta-ronta..nasib saja akal ku mampu menenangkan nafsu manusia yang merugikan ini.

Sambung ustaz lagi ia dibenarkan,atas sebab wuduk adalah 1 masalah,manakala solat pula adalah 1 masalah lain jadi ia bukan dalam satu masalah yang sama jadi dibenarkan talfiq ibadah.

Lega aku atas jawapan yang diberikan..senyuman penuh makna terukir.Sekurang-kurangnya untuk malam ini saja ragu-raguku bertukar yakin.Sehingga pagi ini masih terngiang-ngiang jawapan yang aku dapat semalam hari dan aku cuba untuk meneruskan rencana seterusnya.

Betul kata Ustaz Akli kalau-kalau ubat kebodohan itu adalah bertanya.

:::::::>> Talfiq ialah mengikuti hukum tentang sesuatu perkara daripada pelbagai mazhab.

p/s : banyak lagi sumber yang boleh dijadikan rujukan tentang talfiq antaranya masalah talfiq....dan lain-lain..jadi mari kita mengkaji tapi jangan lupa untuk berguru..wallahualam segala salah silap harap diteguri.

Tiada ulasan: