03 November, 2011

Harga seorang pengajar

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
Pejam celik pejam celik dan akhirnya penulis berjaya menempuh hampir 3bulan mengajar kanak-kanak di sekolah kafa Al-Rahman.Tak sangka begitu cepat masa berlalu,ye itulah ayat yang sering manusia ungkapkan namun apakah setiap masa yang pergi telah dijalani dan dipenuhi dengan sepenuh kebaikan untuk diri dan insan yang lain???wallahualam

Saat ini penulis sedang sibuk menanda kertas murid-murid.Baru semalam hari terakhir mereka menjalani peperiksaan akhir tahun.Sepanjang tempoh peperiksaan penulis merasakan gurulah yang paling penat secara zahir dan sedikitnya pada batin.Geram dengan murid yang agak nakal maka ia berjangkit dengan hati kepada diri ini.Namun pabila dikenangkan kembali penulis tersenyum sendiri.

Seperti yang penulis katakan mengajar budak-budak perlu lebih menahan emosi dengan karenah mereka.Suara serak itu barangkali menjadi lumrah bagi seorang ustazah atau ustaz yang mengajar,lebih-lebih lagi kami disini bukan mengajar mengikut madah tetapi memengang sesebuah kelas.Pengalaman demi pengalaman membuatkan penulis matang dan masak dengan karenah murid-murid.

Antara pengalaman mencabar buat penulis saat dikehendaki untuk membaca soalan periksa kepada pelajar ketika tempoh peperiksaan baru-baru ini.Ia seolah-olah seperti penulis harus memberi jawapan percuma kepada mereka.Mana tidaknya,membaca serta menerangkan tiap soalan agar murid dapat memahami dan boleh menanda jawapan dengan betul.Itu waktu peperiksaan namun lain jadinya pada waktu biasa,guru adalah ibu,guru juga adalah pembantu rumah kalau boleh penulis katakan begitu.

Perkara pertama yang menjadi kata kunci untuk guru mudah mengajar ialah sering mengulang apa yang dikatakan.Misalnya hari ini mengajar nama-nama haiwan didalam bahasa arab oleh itu untuk hari ini sahaja biar mereka ulang sekurang-kurangnhya 5 kali,malah lebih dari itu adalah lebih baik.Untuk keesokannya cuba kita tanyakan sekali imbas,ini untuk mengingatkan kembali apa yang diajar.Dengan cara ini ia akan memudahkan proses pembelajaran dan kita tidak pening apabila menjelang peperiksaan nanti.

Semua sukakan akan kecantikan diusia yang masih muda,seperti kata Ustaz Azhar Idrus "barang muda barang baik" maka dengan alasan itu kita praktikan apa yang ada.Untung sebenarnya menjadi guru.Dalam masa yang sama kita juga adalah saintis yang sering menguji sesuatu produk.Produk kita adalah murid dan kita yang menjadi saintis untuk menguji dan melahirkan produk yang berkualiti.Justeru itu fokus pertama apabila saya mula mengajar ialah saya inginkan produk saya mampu menulis dengan baik serta mampu menjawikan dengan cepat dan sendirinya.Kini alhamdulillah latihan yang berterusan sedikit sebanyak menjadikan murid-murid mampu menulis dengan cepat dan menjawikan dengan sendiri walaupun kadang kala tulisan mereka tidak semuanya cantik.

Selain dari mudah mengingat dan pandai menjawi serta tulisan yang cantik,antara lain fokus yang perlu dilihat ialah bagaimana tahap murid-murid dalam membaca iqra'.Ini adalah penting untuk kita melahirkan generasi quran.Jadual dikelas perlu dibahagi seadil-adilnya paling tidak 3 perkara penting ini terlaksana tiap-tiap hari supaya murid tidak ketinggalan apa-apa dalam bidang ilmu agama.Namun penulis agak sedikit kecewa apabila berbicara tentang ini.Penulis malu sendiri dengan apa yang terjadi apabila gagal dalam menyusun tentatif yang terbaik untuk murid-murid serta kurang memberi masa lebih pada murid untuk membaca iqra dan Al-Quran.Penulis akui ini adalah kelemahan diri ini,dan ini juga pengajaran buat penulis untuk penulis lebih berhati-hati dalam melihat sesuatu mengikut seluruh aspek insyallah.

Ironinya mengajar bukan sesuatu yang mudah.Pengajar bukan hanya perlu mengajar tetapi perlu mndidik anak bangsa.Ia tidak sama,apa lagi sekiranya kita tidak memahami dua perkataan yang berbeza ini tetapi masih dalam satu tujuan yang sama.Mengajar beerti kita ajar sesuatu ilmu yang baru namun mendidik lebih mengfokuskan kepada gerak kerja dan memerlukan untuk kita mempraktikkan sesuatu yang telah diajar.Jadi sangat penting untuk kita ketahui bahawa mendidik perlu lebih banyak dalam mengajar sementelah mengajar tidak boleh dipandang engteng.

Hakikatnya harga sebuah pengajar sangat besar sumbangannya kepada agama,bangsa dan negara.Walaupun ada yang memandang rendah pada pendapatan guru yang tidak seberapa ini tetapi nilai pengajar adalah sangat tinggi dalam melahirkan modal insan yang berguna pada agama khususnya.Andai kita inginkan anak bangsa yang berkerjaya sebagai peguam biarlah kita lahirkan peguam yang bertakwa,kiranya sebagai arkitek biarlah arkitek yang bertakwa dan kiranya sebagai juruterbang  biarlah juruterbang yang bertakwa dan inilah yang kita inginkan,melahirkan modal insan yang bertakwa disisi Allah dan berjaya dunia akhirat wallahualam.

1 ulasan:

shah akmal berkata...

hargai cikgu kita..saya nk belajar ngn cikgu nadiah la...hai cikgu....