17 Oktober, 2011

Pengalaman mendidik kanak-kanak

Mendidik anak-anak kecil bukan semudah yang kita sangka.Makin mudah kelulusan yang diperlukan dalam sesuatu pekerjaan sebenarnya adalah makin susah untuk kita menghadapinya.

Mungkin dimata secara zahirnya bagi bidang perguruan sekolah agama rendah darjah satu kita hanya perlu mengajar alif,ba,ta atau iqra dan al-quran serta beberapa mata pelajaran mudah yang lain.Tetapi untuk memahami dan masuk kedunia kanak-kanak adalah saat yang sukar dan sangat memakan masa yang panjang.

Emosi perlu dijaga,perasaan marah,suka,geram dan sedih segalanya bercampur.Lebih-lebih lagi apabila mendidik kanak-kanak yang masih kurang sempurna akalnya.

Inilah yang dialami penulis apabila berpengalaman hampir tiga kali mengajar dan kali ketiga diberi tugas mengajar kanak-kanak yang berada di kelas darjah satu.Tugas yang amat berat saya kira untuk menggalasnya.Tiap hari pasti terasa sesal pada diri dengan apa yang berlaku dalam kelas yang hanya memakan masa selama 3jam.Amat singkat namun sangat mencabar.

Setiap peringkat kanak-kanak lain caranya.Kalau ditahap dua seperti darjah empat,lima dan enam dengan sekali arahan sudah didengar namun untuk darjah satu belum tentu akan diikuti.Otak mereka masih tidak mampu untuk belajar dengan serius.Perlu psikologi yang lebih dan ugutan untuk mereka menyiapkan kerja sekolah.Terkadang kagum dengan teman-teman yang lain apabila hampir beberapa tahun di dalam bidang ini namun masih mampu bertahan dan seolah tiada masalah yang melanda.

Perhatian bagi setiap murid harus lebih fokus dari biasa.Sekiranya kerja diberikan kepada 30 orang murid maka setiap satu buku tulis harus disemak ketika itu juga untuk kita mengetahui kesalahan yang dilakukan.Setiap kesalahan harus dibetulkan sebelum buku tersebut disimpan kemas didalam beg agar mereka tahu dan belajar dari kesilapan.

Selain dari strategi yang baik tindakan dari satu kesatu harus diperkemaskan,dan kadang-kadang berlaku beberapa perubahan mengikut kemampuan murid dalam menjawab latihan.

Terpulang pada guru yang mengajar dalam memberi latihan untuk memantapkan teknik dalam mata pelajaran yang diajar.Namun bagi saya dengan lebih banyak latihan yang diberikan disamping ajaran-ajaran bagi setiap tajuk mampu membuat mereka lebih mahir dan cepat untuk membaca dan menjawikan perkataan.

Rintihan seperti penat,dan banyak latihan itu biasa didengar.Tetapi segala yang dilakukan tidak lain hanya untuk melihat mereka pandai.Kita boleh mengambil contoh pembelajaran orang cina.Mereka rajin dalam membuat latihan walau dimana mereka berada hatta di pasar malam sekalipun masih khusyuk menyiapkan kerja sekolah.Cuma jangan lupa memberi keterangan yang logik untuk anak-anak kecil ini berfikir,sekurang-kurangnya mereka puas hati dan dapat memikirkan segala yang diarahkan guru mereka adalah untuk kebaikan diri sendiri.

3 ulasan:

shah akmal berkata...

ustazah yg baik kne byk sabar...hehehehe

adibb. berkata...

kalau untuk cikgu tadika macam mana...atau memang cikgu tadika khas untuk perempuan jaa...setakat laa nih memang tak dak cikgu tadika laki2..atau memang laki2 takleh nk control emosi lagi.apa2 pon gud luck..

nadiastory berkata...

shah:tanx..huhuh tapi rasanya ni last ko ngajar budak...

adibb:hemm...mengajar budak perlu ada kesabaran dan sifat semulajadi suka dan tahan dengan kanak-kanak..selalu jarangla laki jadi cikgu tadika,kalau sekolah rendah ada..hehehe perempuan mungkin lebih sesuai disebabkan sifat keibuan yang ada..;)