20 September, 2012

rasa dulu komen kemudian

orang kata kita tak mampu untuk cerita rasa sebenar sebelum kita rasa dan alami serta hadapi masalah tersebut.

seperti juga saya yang telah merasai bagaimana susah dan senang melalui kerja yang melibatkan dua pihak,iaitu saya sebagai guru dan anak murid.

perkara penting yang mesti ada ialah kesabaran.

saya akui saya bukan guru yang baik sampaikan mampu untuk tidak marah ketika mengajar,malah mungkin saya bukan guru pilihan mereka.tetapi setiap apa yang saya lakukan saya pasti ada sebab kenapa ia dilakukan.

alhamdulillah satu demi satu berjaya dihadapi walaupun terselit satu dua kelemahan saya pada sesuau pekerjaan,maaf saya pinta.

harapan saya moga ilmu yang tercurah dapat dipraktik dengan baik,aminn

doa saya juga moga pelajar psra dan tahun 5 berjaya dgn peperiksaan yg diambil aminn

Tiada ulasan: