09 Jun, 2012

senyuman itu kini makin bererti

Alhamdulillah..
hampir dua tiga hari sudah selamat sampai family ku ke malaysia,
Selepas selama dua minggu di tanah suci..
Berjumpa dengan mereka yang bakal menjadi sebahagian dariku
Dan alhamdulillah juga selesai 4madah berjaya ku tempuhi dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur.
Aku kira tiap-tiap tahun punya kisah yg tersendiri
Punya senyuman yang pelbagai
Namun kisah semalam,
Khabar berita di pagi hari
Dan cerita ringkas buya pada ku
Buat ku tersenyum hingga ke hari ini..
Tatkala sibuk dan tension memikir imtihan yg semakin kemuncak
Senyuman pada kisah itu tetap aku kira yang terbaikkkk
Ya
Memang itu kira azam aku
Impian tatkala aku sudah pelajari,
Maka aku fahamikan ia
Sesudah itu mahu saja di praktik pada segala cerita itu supaya menjadi hakikat yang nyata

Wahai ibu dan ayah
Fahami hati anakmu
Jadikan mereka antara wanita yang diberkati sesudah ajaran dan tarbiah mu dari kecil
Bantu mereka memahami konsep dunia berciri akhirat
Pimpin mereka dalam hidup penuh indah di mata zahir
Jauhkan segala yang bisa mencukupkan ia ke nereka yang tidak pernah sesiapa inginkan..

Wahai buya dan mama
Terima kasih atas segala apa yang telah diberikan
Aku kira dengan apa yang diletakkan
Cukup buat merasa Islam itu mudah dan senang

Bukan harta yang diutamakan
Namun cukup sederhana itu yang menjadi pilihan

Wahai teman pendamping diri
Tegur aku andai tersilap
Didik aku menjadi antara wanita syurga
Jangan pernah diam pada salah dan silap yang terzahir

Buat diri
Janjilah pada hati
Janjilah demi tangan dan kiri
Janjilah pada segala yg tercipta
Agar terus beristiqomah untuk menjadi anak yg solehah
Anak yang membuat mereka bahagia
Seterusnya
Berjanjilah untuk taat dan setia pada pimpinan mu yang satu
Selagi ia taat kepada perintah dan ajaran tuhan
Maka
Selagi itu taat lah kepadanya
Kerana itu syarat kau ke syurga!!!!


p/s : aku kira 7 itu sudah ok atau mahu yg 5???

Tiada ulasan: