23 Februari, 2010

~wanita bukan untuk disakiti~

wanita...


bila disebutkan saja mengenai wanita pasti macam2 yang terlahir di minda.

Wanita itu mampu menggoncang dunia,

wanita itu mampu menjadikan dunia yang gelap menjadi berwarna,

wanita itu mampu membuatkan seseorang itu berdiri di atas kaki sendiri dan macam2 lagi ungkapan yang di hadiahkan kepada insan bergelar wanita.

namun tak kurang hebatnya kejian dan celaan pada wanita itu andai tersilap langkah..

tidak perlu banyak cukup hanya pada tawaannya saja ada yang menyamakannya dengan himar dan seburuk2 suara itu adalah suara himar..

juga pada langkahannya..dan setiap apa yang dilakukanya andai tersilap langkah pasti membawa keburukan yang kadang2 wanita itu sendiri tidak tahu sebenarnya itu adalah suatu yang manusia tidak inginkan..

saya penah tertanya kenapa wanita itu sukar untuk dijaga???



"dari menjaga seorang anak perempuan lebih baik membela 40ekor kambing"



kadang2 apabila mendengari ayat tersebut membuatkan saya terfikir dan sering mempersoalkan buruk sangat ke perangai wanita ini???dan susah ke hendak memeliharanya???..



apa pun yang hendak dipersoalkan adalah sukarkah untuk memelihara seorang wanita???

pada zaman jahiliyah dahulu mereka yang melahirkan anak perempuan akan berasa malu dan kemudian anak tersebut akan di tanam hidup2.

secara logiknya apalah gunanya ditanam hidup2?

bayi yang dilahirkan itu masih suci tanpa noda dan tidak pernah melakukan kesilapan lalu ditanam hidup2,

kalau begitu lebih baik tidak melahirkan.sehiggalah datangnya nabi muhammad s.a.w meghapuskan segala kejahilan di dalam diri dan kemudian mengangkat martabat wanita.

Wanita menjadi tulang belakang para pejuang,

di dalam perang mereka menjadi pembantu bagi mereka yang kesakitan,

tak kurang itu hanya dengan kata2 yang terlahir dari mulut mampu menaikkan semangat yang kian luntur sepertimana yang terjadi pada nabi muhammad s.a.w bersama isteri yang paling disayangi saiyidina khadijah.



dunia kian maju,

bumi kian tua,

islam kian berkembang,

dan ajaran kian disebarkan...

tatkala ajaran islam yang cantik diterapi ada juga unsur2 yang ingin menjatuhkan islam itu sendiri.

islam itu mudah dan penganutnya akan senang beramal

denganya selagi ia berlandaskan quran dan sunnah,namun sekiranya kita tidak pandai untuk menilai maka selama itulah kita tidak mampu melihat kesucian islam itu sendiri.



dalam konsep "wanita bukan untuk disakiti" amat menjadi tajuk yang hangat dan suka unutuk saya kupaskan dari diri yang dhoif ini.baru saja selesai dari menonton sebuah cerita PEREMPUAN BERKALUNG SERBAN...amat menarik untuk dihayati dan asyik sehingga mampu untuk menitiskan air mata..



di dalam cerita tersebut mengisahkan kebebasan yang tidak semua akan diperolehi bagi seorang wanita.

dari keciknya dihalang untuk terus berkecimpung dalam minatnya menunggang kuda atas alasan dia adalah seorang perempuan tetapi dia tidak pernah mengenal putus asa sehiggakan ketika mereka sekeluarga menjamu selera dia berbalah dengan ayahnya dan dihadiahi herdikkan yang memeranjatkan seluruh ahli keluarganya.

Dia membesar dengan menuruti sahaja kehendak ayahnya sehiggakan dikahwini dengan seorang siswazah dari madinah.Rupa yang baik tidak semestinya melambangkan diri yang baik,begitulah yang terjadi pada suaminya.sehiggalah ia tidak tahan dan berjumpa dengan kawannya namun perkara yang tidak diingini pula yang berlaku..

2kisah yang menyedihkan terjadi pada wanita ini tidak sedikit pun jatuh dari landasan dirinya atas alasan ingin mengejar dan mengecapi kebebasan yang di idam-idamkan.



apa yang dapat saya simpulkan kebebasan itu perlu pada semua manusia tidak kira ia wanita,lelaki atau siapa pun yang penting ia tidak berlanggar dengan syariat.



keduanya mendidik ank itu ada caranya mengikut umur anak itu...ingat lagi saya ketika kecil sukar untuk dibenarkan keluar bersama kawan2,kadang2 geram dan yang pasti marah itu menjadi lumrah tetapi selepas difikirkan semula ada baiknya mengikut kata orang tua2 itu.Mereka lebih mengenal kita dari kita mengenal diri sendiri.



seterusnya sebagai anak patuhlah pada ibubapa kerana hidup tidak akan berkat tanpa doa dari mereka.yang pastinya beranilah untuk menyatakan kebenaran dan jangan cepat berputus asa sambil diiringi doa kepadaNYA...wallahua'lam.....

1 ulasan:

Anisah Ali berkata...

Mabruk..Good piece of writing nadiah. =)

Peranan kita besar sabagai wanita.
yang mendidik.
yang membelai.
yang mengasuh.
yang menjadi sumber semangat.
yang menjadi kekuatan.
dan yang perlu kuat... itu wanita.
Siapa sangka tangan lembut seorang wanita mampu menggoncang dunia?

dan betul, kita mula dengan mentaati ibu bapa.
InsyaALLAH.

Mudahan tersemat dalam diri-diri kita ini, semangat untuk menjadi wanita yang ALLAH pelihara lagi yang memelihara.

~ Love, kak nisa ~